Wednesday, August 31, 2011

dekorasi bilik berwarna pink menjadi hiasan...

kenapa saya suka warna pink sedangkan sgt kontra dengan personaliti saya,pink sebenarnya warna yang lembut dan manja..sesuai dengan wanita yang lebih bersifat kewanitaan..jadi pink menyerlahkan lagi si pemakai atau pengemar warna pink untuk mengubah menjadi diri lebih feminin...sopan...ayu dan lain2..

ok xmau tulis byk2..thread nie simple..jom jadikan gambar2 ini ehsan dr gugel...sebagai sumber ilham sy dan anda.....



















p/s:realisasikan apa yang di imaginasi anda..jgn biarkan imaginasi anda hanya sekadar imaginasi....ok?

faktor -faktor untuk anak kembar..

Faktor-faktor kebarangkalian mendapat anak kembar:

GENETIK
Jika dalam salasilah keluarga korang terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar korang juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan kat korang. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa.

UMUR
Perempuan yang berumur 35-40 dan keatas mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.

BILANGAN ANAK
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

BERAT dan KETINGGIAN
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Info dari kajian saintifik.

DIET
Seperti yang dibincangkan diatas. Pengambilan makanan-makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

PENGAMBILAN FERTILITY DRUG
Atau ubat untuk kesuburan. Pengambilan ubat tersebut meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.
p/s:Untuk mendapat bayi kembar, nasihat doktor diperlukan terlebih dahulu. Ambil vitamin yang mengandungi folic acid, kalsium dan vitamin B6. Dari segi pemakanan, perlu lebihkan makan ubi kayu dan daging

ehsan dr blogger yang best2..

Petua nak dapat anak kembar.

Assalamualaikum..salam hari Jumaat..apa khabar semua?..harap2 sihat-sihat belaka..
Ceaa..siapa suka baby angkat tangan!!..baca sampai habis okay..

Best kan anak kembar..geram tengok..muka serupa..ade la kembar tak seiras..tapi yang seiras punya lagi cute..;D
 
Mak aku selalu cakap..untung kalau dapat anak kembar ni..sakitnya sekali saja tapi hasilnya dua..(3..4..5..infinity)..tapi risikonya takut tak mampu nak jaga la atau bela..yela..kos lampin anak, susu, nursery kalau isteri kerja..tinggi woo..kalau dah besar pulak..sekolah lagi, keperluan diaorang semua..maksudnya macam serentak nak pakai duit tu kan..

Hmm..so pendapat aku plan awal2..hehe..start saving money bukan untuk menikah aje tapi untuk kehidupan lepas kahwin jugak..

1. Petua orang tua2
Makan sesuatu yang kembar2..aku pon taktau nak buat ayat macam mana..tapi selalunya macam buah pisang yang melekat dua..kembar..ataupon kacang yang melekat..paham tak..
Tapi kalau la betoi..bukan ke makan benda2 macam tu lagi berpotensi nak dapat anak kembar siam ke..sebab kembar yang melekat terus..ape kata kalau nak anak kembar makan aje la pisang tu dua bijik sekali gus..


Mak aku yang selalu cakap macam ni..dulu kecik2 memang aku suka makan buah pisang kembar macam tu..bukan ape geram tengok..montok pisang tu..puas makan..tambah pisang emas..sedap2!


 2.Petua cikgu sains
Cari dan kahwin dengan orang yang ada keturunan kembar..mak dia ka opah dia ka..moga2 terlekat sama pada benih2 pasangan you all tu..tapi ade video ceramah kursus aku tengok hari tu cakap sebab skill jugak..hahaha sumpah lawak!!

3. Petua ustazah sekolah menengah
Berdoa di masjidil haram..lagi afdhal bila pergi bersama suami dan isteri..kat sana doa la apa pon..gerenti mustajab..ustazah aku penah buat macam ni tapi dia mintak nak dapat anak lelaki..then bila balik tu zasss makbul doa dia..syukur..


Dan ni aku tambah sikit pasal anak lelaki dan perempuan..kalau ikut islam kalau nak babyboy banyakkan baca surah yusuf..kalau nak babygirl baca la surah mariam..tapi kalau ikut sains pulak..pandai2 la cari pasal teknik skill tu..ade la belah kanan ke kiri..aku tak ambik port sangat..ngeh3,,lagi satu cikgu sains aku penah bagitau lagi kalau masa dalam kandungan tu isteri mengidam benda masam2..tu tandanya anak gegirl..tapi kalau mengidam jenis benda berprotein tu anak boboy..betul ke tak ni semua wallahualam..


 debab sungguh..comel mulut dia macam tweety..

baby sape la ni..jumpa tadi..pinjam jap ye..

kita hanya mampu mencuba tapi allah yang maha memberi..jantina anak..jom baca











Bagi pasangan yang  dah ada anak terutamanya yang dah ada 1 atau 2 anak lelaki  sebelum ni dan teringin pulak nak tengok hasil cetakan anak perempuan macam mana rupanya atau sebaliknya boleh la mencuba kaedah ni,diingatkan kaedah ini hanya bagi pasangan yang dah berkahwin dengan sahnya ok.Jangan pulak yang belum sah nak menerai pulak kan.Ada yang pernah mencuba kaedah ini sebanyak 2x alhamdulillah,tuhan makbulkan setiap usaha dan doa mereka.
Disamping itu cik isma juga ada menelek kalender ini  untuk masa depan bagi menentukan tarikh paling sesuai untuk conceive.
dewi tablejantina. Kaedah Merancang Anak Lelaki atau Perempuan sila klik gambar untuk lebih jelas
Merancang anak lelaki
Petua yang saya berikan tidak boleh dijamin sepenuhnya keberhasilannya. Mungkin dengan izin Allah s.w.t. anda akan mencapai 70% kejayaan. Sebenarnya benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y. Sedangkan telur/benih isteri hanya membawa kromosom X. Bergantung mana yang bercantum XY (anak lelaki) XX (anak perempuan). 

Ciri-ciri benih lelaki berbeda benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama. Benih Y lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

Untuk mencuba anak lelaki, ikuti garis panduan berikut:
1. Makanan yang berasid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan oleh isteri selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan. Juga banyakkan makanan beralkali seperti ulam2 (yg pahit tanda beralkali).

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah- kaedah mengesan waktu penetasan telor, sila rujuk laman Kesuburan dan Kemandulan.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan “douching” atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi. 
4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses “layering”, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bilamelahirkan anak perempuan.

5. Jangan adakan seks 3-4 hari sebelum hari ‘ovulation’ iaitu kira-kira 14 hari dari hari pertama haid. Terus melakukan seks pada hari ‘ovulation’ atau 24jam sebelum ‘ovulation’. Suami perlu pakai seluar dalam yg longgar. 1 jam sebelum seks, suami perlu minum kopi – ini utk mencergaskan benih XY (lelaki).

Merancang anak perempuan
Kaedah-kaedah yang digunakan adalah sama dari segi prinsipnya. Ikutilah garis panduan berikut;


1. Digalakkan isteri memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari
hari “ovulation” yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Sila rujuk laman “Kesuburan dan Kemandulan”


3. Melakukan “douching” dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

4. Lakukan seks setiap hari dari hari 1 ke 5 selepas haid berhenti, kemudian berhenti 3 hari sebelum ‘ovulation’. Suami perlu mandi dengan air panas-suam sejurus sebelum seks – ini utk mematikan benih XY (lelaki) supaya yg tinggal majoriti benih XX (perempuan). Semasa seks, perempuan tidak perlu sampai ke peringkat ‘orgasm’ (anzal) kerana ini akan merembeskan alkali pada faraj dan menyebabkan benih XX (perempuan) cepat mati.

p/s:kita hanya merancang, Allah swt yang akan menetukan. Allah yang memberi rezeki kepada manusia dan setiap pemberian Allah kita terima dengan syukur Alhamdulillah, dan ia mengandungi hikmat dan nikmat yang tertentu.

Tuesday, August 16, 2011

moto hadiah beday..

ok...abah sya telah memberi hadiah hari jadi yang saya rse sungguh berharga..hadiah nyer adalah moto HONDA WAVE DASH..jadi tadi telah sy pergi bersma family untuk pilih moto mne n kaler apa..guest what..sy pilih moto kaler OREN wpun berjiwa pink..ok la..

APA?xkenal mne satu Honda wave dash..ok..nie pic die..
so nie la gambaran moto baru saya..cntik x?