Monday, December 12, 2011

DUGAAN paling besar dalam hidup saya..

ya allah sungguhnya isma xkuat nk taip perkara ini..kehilangan individu yang ckup rapat dengan diri ni..pernah berkongsi nadi selama 9 bulan 9 hari...pernah bersemadi dalam kantung rahim beliau dan merasa denyut nadi bersama2..tanggal 9 nov 2011 sepatutnya diraikan ulang tahun kelahiran atok iaitu ayahanda mama isma bertukar menjadi sebaliknya..perginya insan bernama SITI NOR RAHMAH BINTI CHE FAR...zuriat kembar bersma SITI NOR RAHIMAH BINTI CHE FAR..hasil kasih syg antara CHE FAR DAN CHE BUNGA...mama telah pergi meninggalkan isma dan adik...pergi bukan sementara tp buat selama-lama nya kembali di SISINYA...



MAMA...sememangnya hati ni berat melepaskan mu pergi..meninggal saya dan adik yang masih belum pandai mengharungi dunia ini.kehilangan tempat bermanja dan tempat mengadu..tapi akak harus redha walaupun tidak kuat kerana mama pergi kerana sudah tertulis qada & qadar..MAMA pergi pada usia 47 tahun...

akak takut nak harungi dunia ini tanpa mama..tp akak tahu allah dh sediakan tempat yang lebih baik dr dunia yang penuh durjana ini agar MAma aman di sana...akak harap allah sampaikan segala apa yang akak mohon dr cnie untuk bekalan mama disana...sungguhnya akak terkilan tdk sempat tunjuk ijazah kepada mama..tidak sempat membahagiakan mama..dan tidak sempat menjaga mama sebagaimana mama menjaga kakak dr kecik...


mama....kakak tetap syg mama..
dulu akak bermanja ngan arwah mek..mek pergi meninggalkan kakak,...
skrg mama pula pergi meninggalkan kakak..

ya allah hamba mu mohon agar kau tempatkan lah arwah ibu dalam kalangan orang-orang beriman.
sungguhnya hamba mu nie hanyalah insan yang biasa yang memohon agar kau ampunkanlah dosa-dosa siti nor rahmah binti che bunga....