Seorang penyelia kanan sebuah projek pembinaan di
sini terkejut apabila mendakwa terlihat satu objek pelik yang dirakamnya melalui telefon
bimbit melintasi ruang udara Menara Kuala Lumpur Selasa lalu. Abdul Jalil Ibrahim, 50, berkata, pada kejadian pukul
7.46 pagi Selasa lalu, dia sedang merakam pemandangan awan dari
tingkat 51 sebuah bangunan yang sedang dibina di sebelah sebuah hotel di Jalan
Ampang di sini menggunakan telefon bimbit milik kawannya. "Pada mulanya saya tidak menyedari ada
objek pelik seakan-akan UFO (Objek Terbang Yang Tidak Dikenali) di dalam
rakaman ini tetapi selepas empat hari, rakan setugas saya beritahu ada benda
pelik pada gambar yang saya rakam dengan telefon bimbitnya. "Apabila diteliti, saya terkejut melihat
sebuah objek pelik berbentuk piring dan bujur berwarna hitam di ruang
udara Menara KL," ceritanya lagi ketika ditemui Kosmo! semalam. Bagaimanapun Abdul Jalil berkata,
dia tidak dapat mengesahkan apa sebenarnya objek berkenaan
walaupun jarak tapak binaan dengan Menara KL hanya sejauh satu kilometer. p/s Patut la ada alien kat KL...weh ! |
No comments:
Post a Comment