Thursday, May 26, 2011

LAWATAN KERJA AMAL RUMAH TITIAN KASEH ,TASIK TITIWANGSA

Pada sem lalu saya telah mengambil kursus fem3108 iaitu Perkhidmatan Sosial yang dibawah Dr Tan Jo Pei dan kemanusian yang memerlukan saya pergi membuat lawatan ke rumah kebajikan.Pada awalnya saya dan ahli Kumpulan sepatutnya membuat tajuk wanita dan Hiv oleh kerana atas beberapa faktor kami terpaksa mengubah tajuk kepada Wanita dan Keganasan rumah tangga.

Jadi agendi yang telah kami pilih secara sebulat suara adalah Rumah titian kaseh yang di uruskan oleh pengelolanya iaitu Puan Syarifah Adlan.Lawatan saya pada hari tersebut sedikit sebanyak memberi banyak input kerana pada masa yang sama JKM juga melakukan pemantauan.Secara tidak langsung kami dapat melihat bagaimana petugas-petugas kebajikan melakukan pemeriksaan keatas agensi tersebut.

walaubagaimanapun saya berpendapat secara peribadi Rumah titian kaseh ini lebih melakukan kerja atau mencari dana secara sendiri tanpa bantuan sepenuhnya dari kerajaan.Mereka mengumpul dana bagi memenuhi kewangan agensi tersebut melalui jualan kuih-muih,rantai hiasan.nasi lemak serta lain-lain.Dan terdapat juga sumbangan peribadi dari individu yang bermurah hati..

ini adalah sediki sebanyak gambar yang dapat di kongsi secara bersama:








walau bagaimana pun rumah ini tetap mengalami pelbagai masalah terutama apabila di arahkan berpindah keluar oleh rumah kebajikan yang di sewanya.percaya atau tidak rumah yang di sewa mencecah RM10,000..

sekiranya ada duit lebih atau rezki yang boleh kita hulur sebagai bantuan lebih elok la kita membantu orang yang memerlukan dan allah akan melimpahkan lagi pahala dan rezeki kepada orang yang menggunakan ke jalan yang di redhainya.

Wednesday, May 25, 2011

Gunung kinabalu ...

Dengan usaha dan tawakal serta doa dari keluarga dan rakan-rakan akhirnya program ini berjaya dan sukses.

rogram kembara puncak kinabalu akan
ditawan oleh pelajar kolej mohamad Rashid pada 10 sehingga 15 mei 2011 selepas
tamat peperiksaan akhir bagi sem 2 2010/2011.Tujuan kembara ini di adakan
adalah untuk menerapkan semangat kerjasama dan daya kepimpinan kepada peserta
sejajar dengan matlamat yang terkandung dalam kemahiran insaniah disamping  meningkatkan keyakinan pelajar untuk menempuh
cabaran semasa alam pekerjaan melalui aktiviti pendakian yang mencabar dan
ekstrem.


Seramai 23 peserta hanya 18 yang
berjaya sehingga Puncak Gunung Kinabalu yang mempunyai ketinggian 4095meter .
Gunung tertinggi di Malaysia ini menjadi kebanggaan rakyat Sabah khususnya.
Gunung ini diwartakan Taman Negara dan juga diiktiraf sebagai Warisan Dunia
(World Heritage) mempunyai keunikan tersendiri. Usaha yang lakukan oleh pihak
Kolej Mohamad Rashid ,UPm ternyata memberi banyak input kepada pelajar yang
tidak hanya mementingkan akademik sahaja tetapi juga aspek mempraktikkan
kemahiran insaniah dalam sepanjang berlangsungnya aktiviti ini.

jadi ini adalah beberapa keping gambar kenangan mendaki gunung kinabalu:








Sunday, May 8, 2011

Gunung Kinabalu

VENI,VEDI ,VECI...


segala persiapan telah di lakukan bagi persediaan ekpedisi gunung kinabalu..kami akan ke sabah selama 6 hari...hanya 6 peserta wanita yang lain adalah lelaki dan 2 adalah rakan kolej yang turut memantau kami dalam seramai 25org..

Apa yang penting adalah di harap perjalanan kami di sana lancar tanpa sebarang masalah serta kita dapat menawan puncak gunung kinabalu tanpa sebarang masalah.

Dan ini adalah beberapa set banner untuk dibawa ke puncak nanti...

1st..


2nd..


so kami telah memilih IMG yg 1st...