Thursday, May 26, 2011

LAWATAN KERJA AMAL RUMAH TITIAN KASEH ,TASIK TITIWANGSA

Pada sem lalu saya telah mengambil kursus fem3108 iaitu Perkhidmatan Sosial yang dibawah Dr Tan Jo Pei dan kemanusian yang memerlukan saya pergi membuat lawatan ke rumah kebajikan.Pada awalnya saya dan ahli Kumpulan sepatutnya membuat tajuk wanita dan Hiv oleh kerana atas beberapa faktor kami terpaksa mengubah tajuk kepada Wanita dan Keganasan rumah tangga.

Jadi agendi yang telah kami pilih secara sebulat suara adalah Rumah titian kaseh yang di uruskan oleh pengelolanya iaitu Puan Syarifah Adlan.Lawatan saya pada hari tersebut sedikit sebanyak memberi banyak input kerana pada masa yang sama JKM juga melakukan pemantauan.Secara tidak langsung kami dapat melihat bagaimana petugas-petugas kebajikan melakukan pemeriksaan keatas agensi tersebut.

walaubagaimanapun saya berpendapat secara peribadi Rumah titian kaseh ini lebih melakukan kerja atau mencari dana secara sendiri tanpa bantuan sepenuhnya dari kerajaan.Mereka mengumpul dana bagi memenuhi kewangan agensi tersebut melalui jualan kuih-muih,rantai hiasan.nasi lemak serta lain-lain.Dan terdapat juga sumbangan peribadi dari individu yang bermurah hati..

ini adalah sediki sebanyak gambar yang dapat di kongsi secara bersama:








walau bagaimana pun rumah ini tetap mengalami pelbagai masalah terutama apabila di arahkan berpindah keluar oleh rumah kebajikan yang di sewanya.percaya atau tidak rumah yang di sewa mencecah RM10,000..

sekiranya ada duit lebih atau rezki yang boleh kita hulur sebagai bantuan lebih elok la kita membantu orang yang memerlukan dan allah akan melimpahkan lagi pahala dan rezeki kepada orang yang menggunakan ke jalan yang di redhainya.

No comments:

Post a Comment