Wednesday, May 25, 2011

Gunung kinabalu ...

Dengan usaha dan tawakal serta doa dari keluarga dan rakan-rakan akhirnya program ini berjaya dan sukses.

rogram kembara puncak kinabalu akan
ditawan oleh pelajar kolej mohamad Rashid pada 10 sehingga 15 mei 2011 selepas
tamat peperiksaan akhir bagi sem 2 2010/2011.Tujuan kembara ini di adakan
adalah untuk menerapkan semangat kerjasama dan daya kepimpinan kepada peserta
sejajar dengan matlamat yang terkandung dalam kemahiran insaniah disamping  meningkatkan keyakinan pelajar untuk menempuh
cabaran semasa alam pekerjaan melalui aktiviti pendakian yang mencabar dan
ekstrem.


Seramai 23 peserta hanya 18 yang
berjaya sehingga Puncak Gunung Kinabalu yang mempunyai ketinggian 4095meter .
Gunung tertinggi di Malaysia ini menjadi kebanggaan rakyat Sabah khususnya.
Gunung ini diwartakan Taman Negara dan juga diiktiraf sebagai Warisan Dunia
(World Heritage) mempunyai keunikan tersendiri. Usaha yang lakukan oleh pihak
Kolej Mohamad Rashid ,UPm ternyata memberi banyak input kepada pelajar yang
tidak hanya mementingkan akademik sahaja tetapi juga aspek mempraktikkan
kemahiran insaniah dalam sepanjang berlangsungnya aktiviti ini.

jadi ini adalah beberapa keping gambar kenangan mendaki gunung kinabalu:








No comments:

Post a Comment